Kerjaya Alyssa Dezek

Kerjaya hiburan Alyssa Dezek bermula apabila videonya menyanyikan lagu "Kun Anta" nyanyial asal Humood Alkhuder, sambil bermain ukulele menjadi tular di YouTube.[7]

Beliau membuat penampilan televisyen pertamanya menerusi rancangan Ceria All-Star di Astro Ceria ketika baru berusia tujuh tahun. Pada tahun 2018, beliau tersenarai sebagai salah seorang peserta Ceria Megastar.[8] Alyssa juga pernah muncul dalam rancangan televisyen kanak-kanak Chiki Boom terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM),[9]

Penampilan sulungnya dalam bidang lakonan ialah menerusi drama Patahnya Sebelah Sayap yang dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera, seterusnya memegang watak pesakit leukemia bernama Zai dalam telefilem Ana Anak Ibu lakonan bersama Puteri Balqis.[10] Sebagai penyanyi, Alyssa muncul dengan single "Lagu Untuk Kamu" yang dikeluarkan pada November 2019 di bawah label Xeno Music. Lagu tersebut telah memperoleh 63 juta tontonan di YouTube dengan 910,000 tanda suka, sekaligus direkodkan sebagai video dengan tontonan terbanyak di YouTube Malaysia.[7] Lagu lain beliau termasuk "Ma dan Pa", "Bintang" dan "Duniaku".

YouTube

Kerjaya YouTube Alyssa bermula pada 2012 apabila ibu beliau, Suzanne Dezek memuat naik klip video beliau menyanyikan lagu saduran ketika hanya berusia 4 tahun.[3][11] Hasil pendapatan beliau daripada saluran YouTube beliau, di mana beliau telah mengumpulkan 3 juta pengikut dengan videonya telah meraih 300 juta tontonan.[11] Menurut kajian oleh laman penjejak media sosial Social Blade, dianggarkan bahawa pendapatan Alyssa dari YouTube mencecah sebanyak RM29,942 hingga RM427,250.[11]

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia, saluran YouTube Alyssa menerima jumlah langganan paling tertinggi.[3] Alyssa mencipta rekod sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang tersenarai dalam carta 10 Teratas YouTube Malaysia dengan menduduki tangga ke-9.[3]

Rujukan

WikiPedia: Alyssa Dezek http://www.imdb.com/name/nm9369422/ http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/2... http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/2... https://cnalifestyle.channelnewsasia.com/trending/... https://www.facebook.com/alyssadezek.official https://www.instagram.com/alyssadezekofficial/ https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://www.scmp.com/lifestyle/entertainment/artic... https://www.scmp.com/magazines/style/celebrity/art... https://twitter.com/dezekalyssa